MAKLUMAT AM | ||||||||||||||||||||||||||||
Pengenalan
Falsafah
Konsep Menekankan kepada aspek pembangunan diri remaja, sistem penyampaian, pelaksanaan program berterusan, perkongsian pintar dan penglibatan masyarakat secara menyeluruh Visi Membina modal insan belia remaja yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak dan berkemahiran, aktif serta mengamalkan gaya hidup berkualiti, berdaya maju dalam aspek sosio budaya serta berupaya menjadi pemangkin kearah perpaduan dan pembangunan negara Misi Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda berdasarkan keutamaan pembangunan diri remaja berumur 15 - 25 tahun melalui pendekatan komuniti selaras dengan agenda pembangunan negara. Objektif
Mekanisma Pelaksanaan
Prinsip Pendekatan Rakan Muda
Penawaran penganjuran bersama dengan pelbagai pihak dan sector untuk menganjurkan 4 program utama berikut :
Fungsi Bahagian Pembangunan Rakan Muda:
Peranan Bahagian Pembangunan Rakan Muda i. Mengisi masa lapang generasi muda negara dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang menarik dan berfaedah serta menghindarkan mereka daripada terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang tidak sihat. ii.. Membangunkan potensi generasi muda dari segi pembangunan minda, fizikal, sifat kemasyarakatan, kekeluargaan, kesukarelaan dan kenegaraan serta sahsiah diri. iii. Menyediakan generasi muda yang sempurna dan bertanggungjawab agar mereka dapat menyumbang dengan produktif kepada pembangunan negara. Tanggungjawab Bahagian Pembangunan Rakan Muda i. Merancang, melaksanakan, menyelaras dan memantau pelaksanaan 8 Program Gaya Hidup dan 4 Program Rakan Muda di seluruh negara dengan berkesan dan sempurna. ii. Membangunkan 8 Program Gaya Hidup dan 4 Program Rakan Muda sebagai satu program penjana pembangunan masyarakat yang penting ke arah pembangunan generasi muda negara. iii. Mengembeling sokongan masyarakat umumnya dan golongan muda khususnya ke arah usaha-usaha kerajaan dalam pembangunan negara. iv. Menjana pemikiran dan minda golongan remaja ke arah meningkatkan rasa kebertanggungjawaban mereka dalam proses pembangunan negara melalui pendekatan dan strategi baru untuk menarik minat golongan ini melibatkan diri. Strategi Rakan Muda
Wawasan Program Rakan Muda Merupakan satu kaedah untuk menggerakkan dan menjurus semua aspek pembangunan generasi muda ke arah penyumbang dan pelengkap kepada pencapaian matlamat wawasan 2020. Gerakan dan program yang telah digubal akan bertindak secara bersepadu untuk mencetuskan ‘Gaya Hidup’ berkualiti serta memperkukuhkan sistem nilai dan nilai tambah dikalangan generasi muda. Matlamat Program Rakan Muda Menyediakan program-program pembangunan Rakan Muda untuk semua remaja berdasarkan kepada kumpulan sasar iaitu remaja yang berumur di antara 15-25 tahun bagi melahirkan generasi pewaris yang sempurna yang mempunyai ciri-ciri yang prihatin, mahir dan dinamik. Dasar Kualiti Komited terhadap kepuasan pelanggan secara maksimum dengan mengutamakan kehendak-kehendak pelanggan dan mengambil tindakan penambahbaikkan secara berterusan agar menghasilkan pelanggan yang berwibawa. Piagam Pelanggan Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia Dan Sukan Negara akan berusaha ke arah melahirkan remaja Malaysia yang terbina sahsiahnya, dinamik, prihatin dan mahir serta memiliki personaliti unggul. memiliki semangat kesukarelaan yang tinggi hingga ke peringkat global dan menjadi penjana modal insan negara. Bagi mencapai hasrat ini, kami berjanji untuk :- 1. Memberi perkhidmatan yang cepat, mesra dan telus bagi memenuhi kehendak pelanggan. 2. Mengekalkan integriti yang tinggi sebagai penjawat awam semasa memberi perkhidmatan. 3. Memberi khidmat nasihat dan maklumat terkini mengenai program Rakan Muda kepada remaja seluruh negara melalui pelbagai cara. 4. Menjawab semua surat yang diterima oleh Bahagian dalam tempoh satu minggu. 5. Memproses permohonan bantuan daripada pelanggan dan memaklumkan keputusannya dalam tempoh satu bulan. 6. Sentiasa menambahbaikkan pelaksanaan program melalui kaedah pemantauan yang berkesan. 7. Memberi peluang kepada remaja Malaysia mengikuti program Rakan Muda tanpa mengira agama dan keturunan. 8. Memastikan pelaksanaan setiap program berpandukan kepada objektif dan matlamat bahagian. 9. Meningkatkan jalinan hubungan dan kerjasama dengan jabatan, agensi dan badan yang berkaitan dengan bahagian Rakan Muda. 10. Sentiasa menerima sebarang teguran dan pandangan membina bagi menambahbaikan lagi program Rakan Muda bagi memenuhi sasaran. Strategi Cawangan 1. Merancang program pembangunan insan bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan dan melaksanakan program dan aktiviti Rakan Muda. 2. Merancang pembangunan kemudahan infrastruktur dan peralatan bagi menyediakan ruang dan peluang kepada remaja untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang diminati di semua peringkat. 3. Memperhebatkan promosi dan kempen-kempen menerusi saluran-saluran media bagi menggalakkan remaja mengisi masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang positif yang boleh meningkatkan lagi potensi diri. 4. Memperteguhkan hubungan kerjasama dengan semua agensi yang berkaitan dengan pembangunan remaja. 5. Merancang dan menyediakan program dan aktiviti Rakan Muda yang berkualiti yang bersesuaian dengan inspirasi dan citarasa mereka. Cawangan Pembangunan Gaya Hidup dan Penggerak
Cawangan Pembangunan Organisasi dan Komuniti
Cawangan Pengembangan Rakan Muda
| ||||||||||||||||||||||||||||
| * Sumber dari : Bahagian Pembangunan Rakan Muda | ||||||||||||||||||||||||||||
Pertubuhan ini berikhtizam untuk melahirkan remaja yang berjati diri dan memupuk semangat perpaduan antara kaum di negara ini selain memupuk nilai kepimpinan , setia kawan dan gaya hidup yang sihat kepada remaja.
Khamis, 3 Mac 2011
Pengenalan "Rakan Muda"
Selasa, 1 Mac 2011
Satu Suara, Satu Komuniti, Satu Persatuan
Mari kita "Belia" bersama bersatu dalam berpertubuhan
PENGLIBATAN dalam pertubuhan belia merupakan salah satu cara terbaik untuk mengawal golongan muda daripada terjebak dalam pelbagai kegiatan negatif.
Melalui pertubuhan belia golongan muda di bawah umur 40 tahun boleh melakukan pelbagai aktiviti yang mereka gemari seperti sukan lasak, berlumba dan sebagainya dengan cara yang sihat.
Aktiviti dalam pertubuhan belia juga membantu golongan muda menghabiskan masa dengan aktiviti yang berfaedah serta mendapat pelbagai pendedahan mengenai kemahiran memimpin.
Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Kementerian Belia dan Sukan, Sa'don Suraji berkata, golongan belia di negara ini masih mempunyai minat yang tinggi untuk berpersatuan. Ini dapat dilihat melalui sejumlah 7,770 pertubuhan belia yang didaftarkan dengan ROY dengan hampir dua juta ahli di seluruh negara.
''Pertubuhan belia mempunyai banyak program pencegahan untuk menjauhi golongan muda daripada terjebak dalam pelbagai masalah sosial.
Antara masalah sosial melibatkan belia yang sering kita baca pada hari ini adalah penyalahgunaan dadah, mat rempit, kegiatan jenayah dan buang bayi.
''Belia yang terlibat dalam gejala sosial tentunya tidak berpersatuan atau menganggotai mana-mana pertubuhan beliau.
"Jika mereka merupakan ahli mana-mana pertubuhan belia, sudah tentu mereka mengetahui saluran untuk mendapatkan bantuan. Sebagai contoh, bagi yang suka merempit terdapat aktiviti permotoran dalam persatuan belia," katanya. Sa'don berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.
Jelasnya, sebahagian besar belia yang berasal dari keluarga bermasalah biasanya tidak gemar berpersatuan.
Bagi menarik golongan berkenaan, persatuan belia sentiasa melaksanakan kempen menambahkan ahli.
''Salah satu sebab golongan belia terjebak dalam masalah sosial ialah kerana mereka mempunyai banyak masa lapang dan tidak tahu cara terbaik untuk mengisi masa lapang tersebut.
''Kebanyakan belia juga tidak tahu wujudnya pelbagai persatuan. Apabila mereka bermasalah mereka biasanya mendapatkan nasihat rakan. Ini adalah tabiat golongan muda, mereka lebih selesa berkongsi masalah dengan rakan berbanding ibu bapa," kata Sa'don.
Tambah beliau, jika belia yang menghadapi masalah merupakan anggota mana-mana persatuan belia, mereka pasti boleh mendapatkan bantuan yang sewajarnya untuk menangani masalah yang dihadapi dengan matang.
Namun jika mereka mendapat nasihat dari rakan yang salah, mereka berisiko memilih penyelesaian yang tidak rasional.
Bagi menggalakkan belia berpersatuan, jelas Sa'don, kesedaran mengenai faedahnya perlu disebarkan kepada masyarakat.
''Antara faedah berpersatuan ialah membina peribadi belia, menimba pengalaman kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan dan membantu belia menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran dan desakan hidup," katanya.
Tambah Sa'don, berbanding belia di luar negara kesedaran belia Malaysia dalam melaksanakan program sukarelawan masih boleh ditingkatkan. Ini disebabkan rasa ghairah untuk bekerja dan memiliki wang sendiri di kalangan belia Malaysia.
Walau bagaimanapun, kebelakangan ini jumlah belia tempatan yang melaksanakan program sukarela semakin meningkat.
''Di luar negara khususnya di negara maju, ada belia yang memandu di waktu malam dan membantu membawa golongan yang tidak mempunyai rumah untuk berlindung di rumah-rumah kebajikan.
''Di Malaysia, ketika penganjuran Sukan Komanwel pada tahun 1998 mereka yang menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan masih mengharapkan pelbagai pulangan," jelasnya.
Kata Sa'don, beliau berharap pemimpin pertubuhan belia pada masa yang akan datang akan lebih dinamik dan agresif dalam menentukan pembangunan sosial negara.
''Belia Malaysia perlu sedar bahawa masyarakat dunia memberikan perhatian kepada pemimpin muda. Fenomena ini dapat dilihat melalui kemenangan Barack Obama yang menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) pada usia 40-an dan Perdana Menteri Britain yang baru David Cameron juga baru berusia 43 tahun.
''Sementara bakal presiden Filipina, Benigno Aquino juga berusia 50 tahun. Ini menunjukkan masyarakat di seluruh dunia kini yakin dengan pimpinan golongan muda. Belia di Malaysia harus memperkasakan diri mereka dengan pelbagai kemahiran supaya setanding dengan golongan muda di negara lain," jelasnya.
Tambah beliau, kebelakangan ini kerajaan sudah banyak mendengar suara generasi muda negara melalui pelbagai pendekatan baru untuk mendekatkan diri dengan golongan tersebut.
Kerajaan juga menyediakan banyak platform bagi golongan belia menggunakan masa muda mereka dengan sebaik mungkin bagi meningkatkan diri dan mewarisi kepimpinan negara.
Belia di Malaysia sewajarnya menggunakan pelbagai peluang yang ada untuk menjadi bakal pemimpin dan anggota masyarakat yang berguna serta bebas dari sebarang masalah sosial.
-KENYATAAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA (Berpersatuan jauhi gejala sosial)
PENGLIBATAN dalam pertubuhan belia merupakan salah satu cara terbaik untuk mengawal golongan muda daripada terjebak dalam pelbagai kegiatan negatif.
Melalui pertubuhan belia golongan muda di bawah umur 40 tahun boleh melakukan pelbagai aktiviti yang mereka gemari seperti sukan lasak, berlumba dan sebagainya dengan cara yang sihat. Aktiviti dalam pertubuhan belia juga membantu golongan muda menghabiskan masa dengan aktiviti yang berfaedah serta mendapat pelbagai pendedahan mengenai kemahiran memimpin.
Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Kementerian Belia dan Sukan, Sa'don Suraji berkata, golongan belia di negara ini masih mempunyai minat yang tinggi untuk berpersatuan. Ini dapat dilihat melalui sejumlah 7,770 pertubuhan belia yang didaftarkan dengan ROY dengan hampir dua juta ahli di seluruh negara.
''Pertubuhan belia mempunyai banyak program pencegahan untuk menjauhi golongan muda daripada terjebak dalam pelbagai masalah sosial.
Antara masalah sosial melibatkan belia yang sering kita baca pada hari ini adalah penyalahgunaan dadah, mat rempit, kegiatan jenayah dan buang bayi.
''Belia yang terlibat dalam gejala sosial tentunya tidak berpersatuan atau menganggotai mana-mana pertubuhan beliau.
"Jika mereka merupakan ahli mana-mana pertubuhan belia, sudah tentu mereka mengetahui saluran untuk mendapatkan bantuan. Sebagai contoh, bagi yang suka merempit terdapat aktiviti permotoran dalam persatuan belia," katanya. Sa'don berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.
Jelasnya, sebahagian besar belia yang berasal dari keluarga bermasalah biasanya tidak gemar berpersatuan.
Bagi menarik golongan berkenaan, persatuan belia sentiasa melaksanakan kempen menambahkan ahli.
''Salah satu sebab golongan belia terjebak dalam masalah sosial ialah kerana mereka mempunyai banyak masa lapang dan tidak tahu cara terbaik untuk mengisi masa lapang tersebut.
''Kebanyakan belia juga tidak tahu wujudnya pelbagai persatuan. Apabila mereka bermasalah mereka biasanya mendapatkan nasihat rakan. Ini adalah tabiat golongan muda, mereka lebih selesa berkongsi masalah dengan rakan berbanding ibu bapa," kata Sa'don.
Tambah beliau, jika belia yang menghadapi masalah merupakan anggota mana-mana persatuan belia, mereka pasti boleh mendapatkan bantuan yang sewajarnya untuk menangani masalah yang dihadapi dengan matang.
Namun jika mereka mendapat nasihat dari rakan yang salah, mereka berisiko memilih penyelesaian yang tidak rasional.
Bagi menggalakkan belia berpersatuan, jelas Sa'don, kesedaran mengenai faedahnya perlu disebarkan kepada masyarakat.
''Antara faedah berpersatuan ialah membina peribadi belia, menimba pengalaman kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan dan membantu belia menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran dan desakan hidup," katanya.
Tambah Sa'don, berbanding belia di luar negara kesedaran belia Malaysia dalam melaksanakan program sukarelawan masih boleh ditingkatkan. Ini disebabkan rasa ghairah untuk bekerja dan memiliki wang sendiri di kalangan belia Malaysia.
Walau bagaimanapun, kebelakangan ini jumlah belia tempatan yang melaksanakan program sukarela semakin meningkat.
''Di luar negara khususnya di negara maju, ada belia yang memandu di waktu malam dan membantu membawa golongan yang tidak mempunyai rumah untuk berlindung di rumah-rumah kebajikan.
''Di Malaysia, ketika penganjuran Sukan Komanwel pada tahun 1998 mereka yang menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan masih mengharapkan pelbagai pulangan," jelasnya.
Kata Sa'don, beliau berharap pemimpin pertubuhan belia pada masa yang akan datang akan lebih dinamik dan agresif dalam menentukan pembangunan sosial negara.
''Belia Malaysia perlu sedar bahawa masyarakat dunia memberikan perhatian kepada pemimpin muda. Fenomena ini dapat dilihat melalui kemenangan Barack Obama yang menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) pada usia 40-an dan Perdana Menteri Britain yang baru David Cameron juga baru berusia 43 tahun.
''Sementara bakal presiden Filipina, Benigno Aquino juga berusia 50 tahun. Ini menunjukkan masyarakat di seluruh dunia kini yakin dengan pimpinan golongan muda. Belia di Malaysia harus memperkasakan diri mereka dengan pelbagai kemahiran supaya setanding dengan golongan muda di negara lain," jelasnya.
Tambah beliau, kebelakangan ini kerajaan sudah banyak mendengar suara generasi muda negara melalui pelbagai pendekatan baru untuk mendekatkan diri dengan golongan tersebut.
Kerajaan juga menyediakan banyak platform bagi golongan belia menggunakan masa muda mereka dengan sebaik mungkin bagi meningkatkan diri dan mewarisi kepimpinan negara.
Belia di Malaysia sewajarnya menggunakan pelbagai peluang yang ada untuk menjadi bakal pemimpin dan anggota masyarakat yang berguna serta bebas dari sebarang masalah sosial.
-KENYATAAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA (Berpersatuan jauhi gejala sosial)
Langgan:
Ulasan (Atom)













